Pelancaran Pertandingan Inovasi & Keusahawanan Antarabangsa Yunnan (YIIEC) yang Pertama

网站首页 英文(2022.07.25)

Yunnan, adalah sebuah wilayah yang terletak di bahagian Barat Daya China, bersempadan dengan Myanmar, Laos, dan Vietnam. Ia merupakan gerbang masuk yang penting dari China ke Negara - negara Asia Selatan dan Tenggara. Dengan selesainya kereta api China-Laos, kereta api China-Thailand, kereta api China-Singapura, kereta api China-Myanmar, dan kereta api China-Vietnam kesemuanya sedang di dalam proses perancangan dan pembinaan. Tidak dapat dinafikan lagi, Yunnan akan menjadi pusat perhubungan utama di antara China dan Asia Selatan serta Asia Tenggara.

Bagi menarik lebih ramai bakat dan syarikat global untuk datang ke Yunnan, kerajaan Wilayah Yunnan telah menganjurkan Pertandingan Inovasi dan Keusahawanan Antarabangsa Yunnan Yang Pertama (YIIEC). Dana yang mungkin diterima daripada Pertandingan boleh mencecah 400k RMB. Selain daripada ganjaran pembiayaan, kerajaan akan turut menyediakan beberapa siri sokongan polisi, termasuklah pembiayaan, tanah, pejabat, sumber industri, sumber manusia, dan permit kerja dll.

Pertandingan ini telah dianjurkan secara bersama oleh Jabatan, Sains dan Teknologi Wilayah Yunnan, Jabatan Pendidikan Jabatan Wilayah Yunnan, Pejabat Hal Ehwal Luar Negara Kerajaan Rakyat Wilayah Yunnan , dan Jawatankuasa Liga Belia Komunis China Wilayah Yunnan dan jabatan-jabatan lain yang berkenaan . Pertandingan ini telah dilaksanakan oleh Persatuan Yunnan untuk Kooperasi Sains dan Teknologi Antarabangsa.

Pertandingan Inovasi dan Keusahawanan Antarabangsa Yunnan (YIIEC) ini direka bagi menyediakan platform pertandingan dengan manfaat inkubasi praktikal untuk para inovator dan usahawan antarabangsa. Penyertaan adalah terbuka kepada projek-projek daripada industri : seperti bio-perubatan , sumber tenaga baharu, bahan-bahan baharu, pembuatan peralatan termaju, maklumat dan teknologi, perlindungan hijau dan alam sekitar, pertanian, serta pelancongan budaya dan penjagaan kesihatan , dsbnya.

Pertandingan C ini di bahagikan kepada dua kategori: Pertandingan Asia Selatan dan Tenggara dan Pertandingan Cina Kembali ke Luar Negara. Kawasan pertandingan utama adalah di Yunnan. Pertandingan awal dan Pertandingan akhir akan diadakan di Kunming, serta dijalankan secara dalam talian dan luar talian . Pasukan antarabangsa boleh membentangkan projek dan idea mereka dalam secara talian.

Perusahaan (pasukan) yang memenangi anugerah akan menerima sokongan polisi dan sokongan kewangan yang sepadan. Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada para peserta pertandingan ini. Para peserta boleh mendaftar secara dalam talian melalui laman web rasmi pertandingan (www.yiiec.com/en/) . Tarikh tutup pendaftaran pertandingan adalah 5 Ogos 2022.

YIIEC akan menjadi peluang yang baik untuk syarikat dan pasukan mengetengahkan diri ke China, Asia Selatan dan Asia Tenggara. Para panel hakim pertandingan tersebut akan terdiri daripada para pelabur dan pakar industri. Perkhidmatan inkubasi akan di sediakan kepada kesemua syarikat dan pasukan yang menyertai pertandingan.

Syarikat: Pertandingan Inovasi dan Keusahawanan Antarabangsa Yunnan (YIIEC)

Sila hubungi: Rebecca

E-mel: infor@ynaistc.com

Laman web: www.yiiec.com/en/

Telefon: +86 13011162570

Lokasi: Kunming, Yunnan

Tuyên bố miễn trừ trách nhiệm: Bài viết này được sao chép từ các phương tiện khác. Mục đích của việc in lại là để truyền tải thêm thông tin. Điều đó không có nghĩa là trang web này đồng ý với quan điểm của nó và chịu trách nhiệm về tính xác thực của nó và không chịu bất kỳ trách nhiệm pháp lý nào. Tất cả tài nguyên trên trang web này được thu thập trên Internet. Mục đích chia sẻ chỉ dành cho việc học và tham khảo của mọi người. Nếu có vi phạm bản quyền hoặc sở hữu trí tuệ, vui lòng để lại tin nhắn cho chúng tôi.
© Bản quyền 2009-2020 Báo công ty      Liên lạc với chúng tôi   SiteMap